Blogger Backgrounds

Saturday, May 11, 2013

...It's me...

.....It's me.....
Hehehe...1st time ber"make-up" nie...hehehe... but i love it.. Thank to Kak Waina bcoz layan saya bermake up nie...hahaha... simple but nice.. 


Hihi..actually ber make up bcoz of wedding my dear..hihi... Jadi pengapit..haha.. Pengapit lah sangat kan..haha.. Kipas diri sendiri adalah...hahaha...

Hahaha..2nd time jadi "PENGAPIT"..hihi... Thank dear..

 Berangan sekejap...wawa...hihi

Bersama pengantin..hihi

Ni adik i taw...hehe.. ngan dia2 sekali i suro make up..hihi...


Hihi..pe2 pun..tahniah dear..:)

.....Sekian.....
.....I Love You.....


...Celebrate Birthday My Mum...

Selamat Hari Lahir Mak (08/05/1968) & Selamat Hari Ibu juga..hihi...
Semoga mak selalu dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat..
Walaupun akak jauh dari mak..tapi akak selalu teringat pada mak n doa yg terbaik untuk mak  & abah.. Akak terlalu sayang pada mak & abah.. 
Walaupun x dapat balik macam selalu lagi.. Akak sentiasa akan cari ruang juga untuk balik...walaupun hanya sekejap..
Mak...mak tahu x? mak selalu wat akak tersenyum..hihi.. walaupun akak susah macam mana pun.. mak sentiasa ada kan mak.. 
Terima kasih banyak2 mak... 
Akak sentiasa akan hargai mak & abah dalam sepanjang hidup akak...
Terima kasih banyak sabar dalam sepanjang membesarkan akak yg mempunyai pelbagai kerenah nie kan..hihi.. 

Sekitar celebrate birthday my mum..hihi..:)
















...............Sekian..........
.....I Love You......

Saturday, September 22, 2012

TANDA LELAKI BENAR-BENAR JATUH CINTA ♥


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Petua Sebelum Tidur


1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli - Bagi wanita, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko.

5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.

6. Jangan selalu sangat tidur telanjang – Bayangkan berlaku sesuatu kemalangan atau kecemasan sewaktu anda sedang tidur, sempatkah anda mencari pakaian? Jangan buat pasal, kecoh nanti.

~ KALUNG PUSAKAKU



aduhai adinda pemasung lara...
kalungmu kalung pusaka...
gantungan hati...emas melamar rasa
sedetik mati...budi tiadalah binasa

berputik malam melangkah kata
tujuh lautan kanda membenam rindu melara
andai tiada jumpa...malu kanda tiadalah rupa
cinta kanda telah ditebar ke merata
tiadalah dapat kanda sembunyi muka

aduhai adinda lingkaran purnama...
memerap harap...kanda merana
kanda ini orang tak punya
kelilling berdagang hanya berbekal secarik budi sahaja
lusuhnya pula tiada berwarna...

sudah sekian lamalah kanda berperang rasa
rindukan adinda tiadalah dapat kanda berpura
tapi apakan daya...
kanda ini buruk pada segala rupa
bagaimanalah dapat dinda memuja...?

melakar jiwa...kanda berserah saja
tiadalah daya...tiadalah kanda pandai merayu rasa
andai kasih kanda hanyalah lamunan semata
jadilah kanda sang pemuja
biar terpanah segala nista
kasih ini tetap kanda genggam segala

duhai adinda
kasihnya kanda
tiada pernah kanda berpura

Petua Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat



1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

- Jauhi sifat Sombong -


Bismillahirrahmannirrahiim..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


- Jauhi sifat Sombong -


Ibnu Qoyyin Al-Jauziyyah mengungkapkan :

" Sesungguhnya semakin bertambah ilmunya semakin bertambah pula kesombongan dan kecongkakannya.

Setiap bertambah amalnya semakin bertambah kebanggaannya dan memandang rendah orang lain.

Serta semakin bertambah prasangka baiknya terhadap diri sendiri.

Semakin meningkat derajat dan pangkatnya, semakin meningkat pula kesombongan dan keangkuhannya.

Semakin menumpuk harta kekayaannya semakin bertambah bakhil dan kikirnya.

Semakin bertambah usianya semakin rakus dan serakah pada dunia."


" Sesungguhnya orang yang sombong dalam beribadah itu baginya akan disediakan siksaan yang pedih sebagai balasan dari kesombongannya.

Firman Allah Swt :


" Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang sombong." ( QS.AL-ANFAAL 47 )


Rasulullah saw bersabda :


" Tidak akan masuk ke dalam surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongannya. " ( HR.MUSLIM )

SEM0GA BERMANFAAT..

SALAM SANTUN UKHUWAH FILLAH..


BARAKALLAHU FIKUM..

Sesungguhnya Solat Itu Senjata Orang Islam ♥


*´¨)
¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•` ¤ ♥ Subhanallah ♥*´¨)

Sesungguhnya Solat Itu Senjata Orang Islam ♥

Dont Forget to Like & Share :)

Usia Cinta


ada yang tak bisa aku nyatakan
bila luka merapat ke dermaga jiwa
aku hanya mampu menerimanya
kerna rasa itu telah terlanjur hadhirnya
walau cuma aku sahaja yang merasakan getar itu

engkau adalah kejora yang aku damba
walau tinggimu tidak memandangku
yang aku perlu adalah kejujuranmu
agar bisa aku tinggalkan keindahan impi ini
bila memang kau tidak perlukan ku lagi

jejak sepi ini kembali aku lalui
bersama bunga cinta yang layu mekarnya
meranggas kelopaknya dari tangkai kasih
meranjut luka dari langit jiwa

aku menyusuri jalan usia
bersama kenangan yang tidakkan memudar
begitu juga cintaku padamu
takkan hilang harumnya bersama nafasku yang akhir

~hanaestoniaSN: 210912~
See Translation

kita hanya mampu menilai bukan menghukum

‎1 - Seorang lelaki ditemui mati dipijak ketika waktu haji,
Pemuda A : memang sah2 lelaki tu masuk syurga
Gadis A : syurgalah tempatnya

2 - Seorang pemuda mati 2/3 malam didalam masjid, bilal temui jasadnya ketika waktu subuh.
Pemuda A : syurga jua tempat pemuda tu,
Gadis A : tak dinafikan syurga tempat dia.

3 - Seorang lelaki mati didepan kedai arak , berlaku pendarahan teruk di kepala keran dihentak botol arak.
Pemuda A: penghuni neraka memang macam tu.
Gadis A: ahli neraka la jawabnya.

_______________________________________________________
**cerita sebenar

1- lelaki yang dipijak mati ketika menunaikan haji itu sebenarnya ialah ketua penyeluk saku, orang ramai memijak dia kerana mereka mendapati banyak dompet berada dalam pakaian ihramnya,.

2- Pemuda yang mati didalam masjid itu mati,kerana setelah disoal siasat, pemuda itu cuba mencuri duit tabung masjid, dia jatuh tergelincir ketika memanjat bumbung masjid.

3- lelaki itu mati sebab kebetulan dia lalu disitu, dia nampak sekumpulan pemabuk sedang cuba ingin merogol seorang wanita, dia ingin menolong perempuan itu, setelah puas bergelut, dia dipukul dengan kuat dikepala dengan botol arak sehingga mati .

Okayyy !

Natijahnya, sekarang ni, ramai orang suka menghukum seseorang tu, dengan sewenangya mereka meletakkan seseorang dalam keadan yang mereka suka, Ingat ! kita bukan Allah untuk menghukum sesiapa, kita hanya mampu menilai bukan menghukum, !! jangan terlalu cepat kita menghukum sesuatu . .

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya."

(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
"Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."